Raub.

SEDIKIT KETEGASAN
DIPOHON DARI KJAAN NEGERI

MATAU, sebuah tanah kerajaan di Bandar Jengka. Sebelum menjadi bandar, sudah ada orang Melayu meneroka tanah dan mendiami kawasan berkenaan.

Ada yang mendirikan kedai untuk berniaga, ada yang bina rumah untuk didiami sahaja. Oleh kerana hampir semuanya berbangsa Melayu beragama Islam, sebuah surau turut didirikan.

Selama 40 tahun mereka membina kehidupan di situ. Dalam tempuh berkenaan, permohonan demi permohonan mereka usahakan untuk mendapatkan hak milik tanah yang diteroka. Namun tak dapat. Seorangpun tidak diluluskan.

Tiba-tiba dapat khabar, tanah itu hendak dibangunkan. Siapa yg dapat projek tu, tak tahulah.

Penduduk diarah berpindah. Penduduk merayu. Mereka berpiket. Pasang kain rentang. Jumpa YB. Segala usaha dilakukan agar mereka dibenarkan terus tinggal di situ.

Tangga mahkamah dikerabat utk mendapatkan ‘hak’ mereka. Bagaimanapun, keputusan mahkamah tidak memihak kepada nereka.

Rayuan mereka tidak diterima. Kerajaan negeri bertegas mahu mereka pindah.

Apa nak dikata. Itu memang tanah kerajaan. Penduduk akur. Mereka pindah. Kedai, rumah dan surau mereka diroboh. Tanah diratakan.

Hari ini… Di Raub…
Lebih tepat lagi di Dun Tras (yg YBnya menyeret kerajaan negeri ke mahkamah dalam isu tulisan jawi)…

Tiba2 sahaja timbul isu kebun durian. Juga membabitkan tanah kerajaan. Juga didakwa sudah 40 tahun diceroboh.

Bezanya di Raub tanam durian. Di Jengka bina rumah dan kedai.

Di Raub bangsa Cina. Di Jengka bangsa Melayu. Itu saja bezanya. Namun kedua2nya sama di sudut ianya adalah tanah kerajaan.

Pekebun durian kata, kami bersusah payah meneroka dan membangunkan tanah ini. Penduduk Matau juga bersusah payah membuka penempatan itu.

Penduduk tunjuk perasaan. Dap buat bantahan. Mca merayu.

Rakyat memerhati.
Rakyat menanti penuh debaran.
Adakah kerajaan negeri akan bertindak tegas dan adil.
Ataukah penceroboh di Raub akan mendapat layanan istimewa.

Rakyat berdebar….